BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 10, 2010

berkahwin semasa belajar...

firstly, thanks ustaz hamadullah utk tajuk ni...ustaz la yg memberi ilham utk sy mnulis tntg tjuk ni...debat arab bertajuk berkahwin semasa belajar...

bagi saya..perkahwinan semasa belajar ni bnyak kebaikkannya...
cuma yang menimbulkan kontroversi ialah apakah harus digalakkan secara meluas dalam kalangan mahasiswa?
ramai pelajar berpendapat bahawa perkahwinan hanya boleh difikirkan selepas tamat pengajian..
ramai juga ibu bapa berfikiran sebegitu...

ramai pelajar yang mempunyai teman istimewa dan seharusnya mereka berfikir apakah perhubungan itu memberi makna kepada mereka jika mereka mempunyai hubungan tanpa sebarang ikatan??
perkahwinan semasa belajar dianggap sebagai beban kepada sesetengah pelajar..
hal ini kerana mereka beranggapan bahawa selepas berkahwin, beban mereka akan bertambah..
tanggungjawab juga akan bertambah...
akan tetapi cuba kita renungkan ayat ini:

"Allah akan memberi rezeki dari mana-mana sudut yang tidak diketahui, bagi mereka yang bertawakkal".

jadi, tidak menjadi masalah utk pelajar berkahwin semasa belajar...
janganlah kita menganggap perkahwinan ini sebagai satu masalah, akan tetapi sahutlah ia sebagai satu cabaran...
perkahwinan itu adalah ibadah..
jadi, setiap apa yg dikatakan sebagai ibadah itu, insyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah..

di sini ada satu pandapat yang saya rasa sgt memberi ilham kepada pelajar2 yang berfikir utk berkahwin muda:

Ana pun masih belajar degree level sekarang, duduk jauh dari suami. Dia kat seberang lautan. Bagi ana, kawin semasa belajar ni ada kebaikannya.. bagi ana hati tenteram.. hanya fikir pasal study saja tanpa gangguan nak fikir pasal jodoh lah, lelaki ni lah, lelaki tu lah... dan macam2.


Banyak orang kata kawin masa belajar ni leceh, fikir suami lah, anak lah, tanggungjawab lah.. dan macam2 lagi. Dalam hal ni persetujuan dan perancangan dengan pihak suami tu penting. Kalau tak nak beban anak, tunggu lah masa sesuai dulu baru buat anak pula... kalau pihak suami mengalakkan study, maka ia bukan lagi jadi bebanan tanggung jawab, pasti sokongan pihak suami akan mantapkan semangan belajar.

Suami ana is very understanding person. Tanpa dia, ana tak terus bersemarak semangat nak belajar. Lagi-lagi best bila ada subjek yang lemah saja, pasti dia berleter suruh pulun habis-habis. Kalau ana malas belajar pula, dia pasti berleter juga.. I love My Husband... Best juga sebenarnya ada orang berleter untuk kita ni.. ada juga nampakkan orang ambil berat sungguh2 dengan kita.

So, bagi ana.. bergantung lah pada antum semua... kalau rasa mampu manage perkahwinan semasa study... fikir lah kabaikannya..

yang penting, daripada kita terus berhubung dengan pakwe.. lebih baik kawin terus...dapat pahala hati tenang, setiap tindakan dengan suami tukar jadi pahala.. walau pun just hantar 1 sms 'i love u' pada suami, ia jadi pahala.. berbanding hantar sms 'i love u' pada pakwe.. ia perkara yang sia2 tanpa pahala pula..

antara hikmah2 perkahwinan ialah:

1.Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman


2.Memelihara kesucian diri

3.Melaksanakan tuntutan syariat

4.Menjaga keturunan

5.Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

6.Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

7.Dapat mengeratkan silaturahim
 
 
 
*apa yag boleh saya simpulkan di sini ialah: ia bergantung kepada pelajar itu sendiri sama ada dia mampu atau tidak untuk menempuh alam perkahwinan di usia yang masih muda dan masih belajar...fikirlah sebaiknya sebelum membuat apa2 keputusan...memang tidak saya nafikan bahawa perkahwinan semasa belajar mempunyai banyak kebaikkan akan tetapi harus difikirkan juga tentang keburukkannya..jadi, terserahlah kepada pelajar itu sendiri..sentiasalah berusaha,berdoa dan bertawakkal kepada Allah...hanya Dia mampu memberi petunjuk kepada kita..insyaAllah..di penghujungya...kita akan mendapat apa yang terbaik utk kita..












2 comments:

Hardy Boy said...

Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki/bakal suami kejarlah dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Terbaik Cepat-Cepat, Kumpul Duit Secukupnya cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana. Menjadi seorang suami bermakna lelaki tersebut perlu memikul amanah yang cukup besar tau. Sekadar pendapat saya, maafkan saya jika tersilap.hehehehe


Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

me_n_reality said...

xsalah memberi pendapat...setiap org ade pndpt msing2...hehe...insyaAllah, ade jodoh xkemana

*anyway, u sy xleh compress jd 3 tahun, still 4 thaun.. huhu..